Tuesday, January 25, 2011

Pabila Malam

Malam pasti tiba bila sampai waktunya...
Malam kan datang tanpa memanggilnya..
Malam itu indah tika diisi sewajarnya....

Kalau malam² macam nih mmg indah kalau mata lelap dan badan dapat rehat secukupnya...
Sara selalu inginkan lena yang panjang~
Lena yang pabila Sara bangun Sara akan rasa diri Sara adalah Sara yang baru..
Sara yang penuh dengan kekuatan untuk menempuh hari² yang akan tiba..
Dan Sara nak jadi Sara yang tak pernah punya masalah..
Baik dari segi kewangan, kesihatan, dan hubungan sesama insan..

Siapa yang tak mahu hidup dalam keadaan sempurna..
Hidup yang tak pernah menjenguk kesusahan...
Hidup yang tak pernah nak jamah penderitaan...

Namun Sara bukan begitu..
Dan ketika ini, Sara masih lagi segar~
Tak dapat lansung Sara lelapkan mata...
Sara pasti hampir semuanya sudah melayar bahtera lena diulit mimpi...
Namun Sara masih lagi menatap skrin 14inci...
Sara mungkin ada masalah insomnia...

Kadang² Sara rasa nak je telan ubat tidur...
Dan lena sepuasnya..
Tp Sara tak sanggup nak terima effect dari ubat tu...
Kalau Sara tak tahan sangat Sara telan je panadol~
Dan lelapkan mata nih...

Sepatutnya Sara habiskan masa tak tidur nih dengan kerja yang berfaedah...
Bukan Sara tak da keja..
Banyak sangat keja yang Sara perlu buat..
Memandangkan Sara di semester akhir..
Kerja² Sara adalah 2 kali lipat dari biasa...
Tp Sara masih lgi macam nih..
Insaflah Sara....

Sara seperti hilang kekuatan..
Mungkin Sara rindukan kenangan lama..
Atau Sara rindukan kehidupan bahagia macam org lain...
Hidup nih indah jika semuanya sempurna...

_kasihkaisara_

1 comment: