Tuesday, January 25, 2011

Pabila Malam

Malam pasti tiba bila sampai waktunya...
Malam kan datang tanpa memanggilnya..
Malam itu indah tika diisi sewajarnya....

Kalau malam² macam nih mmg indah kalau mata lelap dan badan dapat rehat secukupnya...
Sara selalu inginkan lena yang panjang~
Lena yang pabila Sara bangun Sara akan rasa diri Sara adalah Sara yang baru..
Sara yang penuh dengan kekuatan untuk menempuh hari² yang akan tiba..
Dan Sara nak jadi Sara yang tak pernah punya masalah..
Baik dari segi kewangan, kesihatan, dan hubungan sesama insan..

Siapa yang tak mahu hidup dalam keadaan sempurna..
Hidup yang tak pernah menjenguk kesusahan...
Hidup yang tak pernah nak jamah penderitaan...

Namun Sara bukan begitu..
Dan ketika ini, Sara masih lagi segar~
Tak dapat lansung Sara lelapkan mata...
Sara pasti hampir semuanya sudah melayar bahtera lena diulit mimpi...
Namun Sara masih lagi menatap skrin 14inci...
Sara mungkin ada masalah insomnia...

Kadang² Sara rasa nak je telan ubat tidur...
Dan lena sepuasnya..
Tp Sara tak sanggup nak terima effect dari ubat tu...
Kalau Sara tak tahan sangat Sara telan je panadol~
Dan lelapkan mata nih...

Sepatutnya Sara habiskan masa tak tidur nih dengan kerja yang berfaedah...
Bukan Sara tak da keja..
Banyak sangat keja yang Sara perlu buat..
Memandangkan Sara di semester akhir..
Kerja² Sara adalah 2 kali lipat dari biasa...
Tp Sara masih lgi macam nih..
Insaflah Sara....

Sara seperti hilang kekuatan..
Mungkin Sara rindukan kenangan lama..
Atau Sara rindukan kehidupan bahagia macam org lain...
Hidup nih indah jika semuanya sempurna...

_kasihkaisara_

Cinta di hati sara

Dah kering rasanya air mata sara untuk sara tangisi semuanya..
dia pergi tinggalkan sara..dah terlalu lama sara macamni...
tp kenapa begitu susah untuk sara lepaskan dia..

Dia ibarat sebahagian dari hidup sara..
Dia adalah yang terindah dalam hidup sara..
Namun skrang dia dah menjauh dan terlalu jauh untuk sara kejar..

Apa salah sara..??
Kenapa setelah sara korbankan semuanya baru nak nyatakan kekurangan sara?
Atau hanya alasan semata?

Monday, January 24, 2011

permulaan buat sara

tintakaisara ini sara abadikan sebagai kisah hidup suka duka bahagia derita yang sara kecapi...
dah terlalu lama sara ingin menulis kisah-kisah hidup sara dalam blog tpi selalu sara matikan hasrat sara atas beberapa sebab...

sara seorang gadis biasa...sara tak punya apa2..sara seorang gadis yang naif...sara boleh katakan sara adalah yang naif sebab kadang2 hidup sara yang tak berapa nak menentu..kadang bahagia dan kadangnya sara selalu menderita...

sara punya keluarga yang sara boleh katakan tak sebahagia orang lain...sara ada emak...abah...kakak dan adik...tp kehidupan keluarga sara pun tak stabil seperti sesetengah orang yang kecapi bahagia dalam keluarga... keluarga sara ada masalah..kadang2 bila angin bertiup, maka goyahla keadaan kami semua...

sara masih muda...sara masih juga menuntut di sebuah IPTA...dan sara seorang pelajar tahun akhir...kehidupan sara sememangnya seperti biasa....kerana sara adalah gadis biasa...


_kasihkaisara_